Sunyi itu Menyakitkan...

Walaupun sunyi itu aman dan tenang, tetapi begitu menyakitkan, Hidup seperti di dalam penjara, terluka hati bukan hanya kerana dikecewakan, Tetapi jua kerana keseorangan.

Akulah si rama-rama yg selalu disakiti, padahal aku tak pernah menyakiti, Hatiku meronta ingin bersama teman berterbangan, Tetapi tiada yg ingin terbang bersama, Aku sering bertanya kepada diriku, Mungkinkah aku si rama-rama yg terlalu cantik, Sehingga mereka berasa cemburu, Atau mungkinkah aku si rama-rama yg hodoh, Sehingga mereka tidak sudi mendampingiku.

Tidakkah mereka mengerti, bahawa aku ingin bebas,
Dari belenggu sangkar kebosanan ini..
Oh! Siapakah yg ingin mengerti?
Seterusnya menemani kesunyian ini..

0 comments:



Post a Comment